SMK
Chenderiang ini dibina bertujuan untuk memenuhi kehendak masyarakat
setempat kerana tidak perlu lagi menghantar anak-anak bersekolah di
Kampar atau Tapah yang jaraknya lebih kurang beberapa kilometer dari
sekolah. Pada awal pembukaan, sekolah ini telah ditadbir oleh dua orang
guru ‘Care Taker' iaitu Encik Mazlan bin Palid dan Encik Abdul Manaf b
Asmuni. Bagaimanapun Encik Abdul Manaf telah berpindah bertugas di
Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan tempat beliau telah digantikan oleh
Encik Mazli bin Talip.
Pada
6 Januari 2003, sejumlah 310 orang pelajar Kelas Peralihan dan pelajar
Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua telah mula bersekolah di sekolah ini.
Pelajar Kelas Peralihan dan Tingkatan Satu datang dan ‘school-Feeders'
sementara pelajar Tingkatan Diu pula telah dipindahkan dari SMK Sri
Tapah, SMK Hamid Khan Tapah, SMK Buyong Adil, Tapah ke sekolah ini.
Para pelajar ini adalah mereka yang tinggal di sekitar kawasan-kawasan
yang berhampiran dengan SMK Chenderiang in'. Pada tahun 2004 pula para
pelajar Tingkatan Empat juga telah dipindahkan dari sekolah-sekolah
yang sama ke sekolah ini. Jumlah pelajar telah bertambah menjadi 590
orang pelajar pada tahun 2004.
Encik
Fauzi bin Lokman adalah pengetua pertama SMK Chenderiang . Beliau mula
bertugas pada 31 Julai 2003. Pada masa tersebut bilangan guru adalah
seramai 18 orang dan kemudian telah bertambah menjadi 35 orang
sementara kakitangan sokongan adalah seramai 8 orang pada tahun 2004.
Walaupun
SMK Chenderiang ini merupakan sekolah baru, namun pihak pentadbir
sekolah berharap Ia dapat memberi kemudahan yang terbaik kepada
masyarakat sekitar di samping mencipta kecemerlangan sesuai dengan visi
sekolah iaitu “SMK Chendeniang Maju dan Gemilang 2008.”