Sabtu, 18 Februari 2012

Sejarah SMK CHENDERIANG

SMK Chenderiang , Temoh, Perak terletak di sebuah kawasan seluas 15 ekar. Kerja-kerja pembinaan bangunan SMK Chenderiang ini telah bermula pada tahun 2000 dan telah siap dibina sepenuhnya pada akhir tahun 2002. Kos pembinaannya adalah sebanyak RM 13 juta. Setelah siap dibina bangunan sekolah ini telah diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak pada 29 November 2002. Sekolah ini mula beroperasi 6 Januari 2003.
       SMK Chenderiang ini dibina bertujuan untuk memenuhi kehendak masyarakat setempat kerana tidak perlu lagi menghantar anak-anak bersekolah di Kampar atau Tapah yang jaraknya lebih kurang beberapa kilometer dari sekolah. Pada awal pembukaan, sekolah ini telah ditadbir oleh dua orang guru ‘Care Taker' iaitu Encik Mazlan bin Palid dan Encik Abdul Manaf b Asmuni. Bagaimanapun Encik Abdul Manaf telah berpindah bertugas di Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan tempat beliau telah digantikan oleh Encik Mazli bin Talip.
       Pada 6 Januari 2003, sejumlah 310 orang pelajar Kelas Peralihan dan pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua telah mula bersekolah di sekolah ini. Pelajar Kelas Peralihan dan Tingkatan Satu datang dan ‘school-Feeders' sementara pelajar Tingkatan Diu pula telah dipindahkan dari SMK Sri Tapah, SMK Hamid Khan Tapah, SMK Buyong Adil, Tapah ke sekolah ini. Para pelajar ini adalah mereka yang tinggal di sekitar kawasan-kawasan yang berhampiran dengan SMK Chenderiang in'. Pada tahun 2004 pula para pelajar Tingkatan Empat juga telah dipindahkan dari sekolah-sekolah yang sama ke sekolah ini. Jumlah pelajar telah bertambah menjadi 590 orang pelajar pada tahun 2004.
         Encik Fauzi bin Lokman adalah pengetua pertama SMK Chenderiang . Beliau mula bertugas pada 31 Julai 2003. Pada masa tersebut bilangan guru adalah seramai 18 orang dan kemudian telah bertambah menjadi 35 orang sementara kakitangan sokongan adalah seramai 8 orang pada tahun 2004.
Walaupun SMK Chenderiang ini merupakan sekolah baru, namun pihak pentadbir sekolah berharap Ia dapat memberi kemudahan yang terbaik kepada masyarakat sekitar di samping mencipta kecemerlangan sesuai dengan visi sekolah iaitu “SMK Chendeniang Maju dan Gemilang 2008.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan