Rabu, 28 Mac 2012


Seko­lah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) terus ung­gul dan sekali­gus mem­buk­tikan kece­mer­lan­gan sukan dan akademik men­jadi mat­la­mat utama apa­bila ber­jaya men­ca­pai kelu­lu­san 100 per­a­tus dalam peperik­saan Sijil Pela­jaran Malaysia (SPM) 2011 yang telah diu­mumkan kepu­tu­san­nya hari ini.
Sera­mai 80 orang calon ter­diri dari­pada atlet pela­jar berlainan jenis sukan telah men­duduki peperik­saan SPMpada tahun lalu. Berbekalkan azam, seman­gat serta perse­di­aan awal oleh semua pihak ter­ma­suk guru-guru, kak­i­tan­gan dan warga seko­lah akhirnya mem­buahkan hasil yang membanggakan.
Pen­ca­pa­ian terse­but mem­buk­tikan bahawa atlet pela­jar SSTMI mampu ber­jaya dan cemer­lang dalam bidang sukan dan akademik meskipun ter­paksa mem­ba­hagikan masa yang ter­had den­gan lati­han, per­tandin­gan dan waktu pembelajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan